Monday, September 21, 2015

My "I" Story

Cerita saya bersama Mary Kay bermula apabila kewangan berada ditahap paras hidung..dengan anak-anak yang semakin membesar maka bermakna perbelanjaan pun semakin besar..

Syukur Alhamdulillah saya dikurniakan kulit yang tak begitu bermasalah tapi knowledge dalam penjagaan wajah mmg zero..produk yang dilekap kat wajah pun main hentam kromok saja..mana yang dan, mana yang berkenan semua saya cuba..dari produk yang menjanjikan kulit yang halus licin sehingga yang dapat memutihkan dalam masa yang singkat. Selari dengan trend peredaran zaman sekarang, berlambak-lambak produk yang menawarkan promosi yang GILA-GILA seperti pemutihan dan kulit mulus gebu dalam masa 2 minggu bahkan ada yang 'promote' dalam masa 3 hari pun dah nampak kesan ditambahkan pula kos utk memiliki produk tersebut sangat mampu milik saya pun tak terkecuali dari menjadi salah seorang pembelinya...

Maka bertepek-tepek lah jenama produk yang saya tenyeh dimuka...hasilnya mmg ada... ada yg betul nampak kesan dan kesan yang paling ketara bila berada di dalam panas terik..muka jadi merah, konon mcm blushing... dan kulit mudah terbakar pula... perbezaan paling ketara bila tengok depan cermin, belang dimuka ketara sampai suami pun tegur.

Sampai 1 hari, suami mencadangkan saya buat side income bisnes almaklum keadaan kewangan makin meruncing...dia cadangkan saya join Mary Kay memandangkan saya memang suka 'beauty line'. Saya pun blur-blur ikut je cakap suami, join sbb katanya bila join dapat barang...Perempuan mana yang tak suka dapat barang free kan..nak-nak pulak yang berkaitan kecantikan..
Sehinggalah hari saya dapat starter kit dari Mary Kay...saya cuba...sekali cuba macam best, dua kali cuba lagi best, 3..4..5...6... hingga 10 kali cuba mmg sangatlah best...nampak effect yang sangat ketara, terasa muka bersih sangat, pori pun da makin halus...Nak-nak pulak cik suami pulak da mula perasan perubahan pada kulit muka.

Maka dari situ datang satu suara kata 'barang best kalau kongsi dengan kawan-kawan sure lagi best'. Saya bermula kongsikan pengalaman dan bagi sendiri pengalaman mencuba starter kit yang saya dapat dengan kakak ipar...kebetulan saya tengok kulit wajah kakak ipar bole di 'enhance' kalau kena pada produk yang betul.. Alhamdulillah, kakak ipar berminat pada cubaan saya yang pertama, meleret pula pada kakak ipar yang lagi satu...tup..dia pun berminat juga... Balik rumah, saya terus buat online ordering tanpa berlengah, terasa macam ada satu semangat nak sangat tengok kakak-kakak ipar saya ni cantik kulit bersih flawless gitew.. Akan terasa satu kepuasan yang tak terhingga bila kita dapat mencantikkan orang lain.

Maka saya nekad akan terus menerus cuba mencantikkan wanita-wanita kat luar sana. Nak diceritakan bab keuntungan dah jatuh nombor 2, mmg saya mengaku, siapa yang tak nakkan duit, siapa tak nak untung tapi saya berpegang kuat pada prinsip yang Mary Kay terapkan, GO-GIVE spirit iaitu membantu tanpa mengharapkan balasan, GOLDEN RULE iaitu melayani orang seperti mana kita mahu dilayani, membuat orang rasa diutamakan dan yang paling menarik perhatian saya 3 keutamaan hidup, 1) TUHAN 2) KELUARGA 3) KERJAYA. Bagi saya jika kita lakukan sesuatu dengan seikhlas hati pasti kita akan dihargai. Sehingga kini saya masih meneruskan usaha agar dapat mencapai kepuasan maksimum seperti yang Mary Kay mahukan, ENRICHING WOMAN'S LIFE. Benefit dalam May Kay ni tersangat lah best, saya akan kongsikan dalam tajuk yang seterusnya...

Mary Kay kini bagi saya ilmu dari segi penjagaan wajah yang betul sehingga pada cara-cara pemakaian make-up yang betul dan bersesuaian dengan apa sahaja keadaan. Insyaallah saya akan mendalami lagi ilmu sedalam-dalamnya dan saya akan cuba kongsikan manfaatnya kepada semua wanita diluar sana. Lelaki pun boleh ya..:)

Kesimpulannya saya akan tetap berusaha sehingga saya berjaya dan saya paling nakkan dalam hidup ialah mendidik dan menjaga anak saya dengan sebaiknya..dapat melihat anak-anak membesar depan mata tanpa saya abaikan segala tanggungjawab saya sebagai seorang ibu kepada ketiga-tiga anak saya walaupun saya bekerja.

No comments:

Post a Comment